Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Pasukan keselamatan Iraq mengistiharkan perintah berkurung di Karbala pada hari Rabu lalu selepas terjadi pertempuran sengit antara pengikut Sayid Mahmud Hasani Sarkhi dengan pihak berkuasa.
Pasukan keselamatan Iraq turut menahan 30 orang pengikut Sarkhi yang ingin memasuki kota Karbala.
Menurut sumber keselamatan Iraq, pertempuran sengit tersebut telah mengakibatkan 14 orang pengikut Sayid Sarkhi terbunuh manakala 25 yang lain cedera parah.
Selain itu kawasan kediamannya di Saif Sa'ad telah dikepung.
Para pengikut Sarkhi di kota Diwaniya dan Basrah juga dilaporkan telah mencetuskan kekacauan dengan menutup beberapa jalan utama kota tersebut dan bertempur dengan pihak berkuasa. Jalan utama yang menghubungkan Basrah dan Baghdad telah ditutup oleh mereka.
Beberapa tahun lalu Sayid Sarkhi dikatakan mendakwa mempunyai hubungan dengan Imam Mahdi (a.j.f) dan menentang para marja' taqlid Syiah.
4 Julai 2014 - 06:22
News ID: 621230
14 pengikut Sayid Sarkhi dilaporkan terbunuh dalam pertempuran bersama pasukan keselamatan Iraq